Monday 9 March 2020

MESYUARAT PENUTUP AUDIT DALAM EKSA BIL. 1/2020

Mesyuarat Penutup Audit Dalam EKSA Bil. 1/2020 telah diadakan pada 9 Mac 2020, jam 2.30 petang, yang dipengerusikan oleh En. Ab. Razak Bin Ali (Pengarah Jabatan Pengurusan & Sumber Manusia). Laporan penambahbaikan bagi setiap zon telah dibentangkan. Ketua Auditor memaklumkan bahawa Persijilan EKSA akan tamat pada 31 Mac 2020, dan persijilan semula daripada pihak MAMPU akan diadakan pada hujung bulan Mac ini.